Thursday, March 5, 2015

Berubah

Seorang wanita muda menangis mengadu orang yang tercinta sudah berubah…

Menjadi orang yang tidak dikenali lagi… bukan pada fizikalnya, tetapi jiwa dan sikapnya.

“Saya sudah tidak mengenali dirinya…”.

Oh…  sayang, hidup ini memang begitu, yang namanya manusia itu pasti berubah.

Berubah dalam segala macam perkara, kerana segala macam perkara.

Mengharapkan orang yang kamu sayang itu tidak akan berubah, hampir mustahil…

Dia boleh berubah semasa kamu bercinta….

Selepas kahwin, akan berubah

Menjadi bapa, juga berubah

Menjadi tua, juga berubah

Kenapa?

Kerana dia hanya manusia biasa… sama seperti kita yang juga pasti akan berubah-ubah. Tidak mungkin kita boleh sentiasa mengawal perubahan itu.

Cinta sejati adalah apabila kita boleh mengadaptasi dengan perubahan itu. Menjadikan perubahan itu satu pengalaman baru yang mengujakan.

Belajar lagi dan lagi untuk saling mengenali.

Perubahan itu yang menjadikan perjalanan hidup jadi lebih berwarna warni… yang nanti akan jadi pengalaman hidup yang indah.

Positif saja, mungkin perubahannya bukan kerana kurang cinta lagi, boleh saja kerana rasa tanggung jawab, boleh saja kerana perasaan ingin melindungi.

Sambut perubahannya dengan senyuman yang manis, katakan tanpa suara kepadanya,

“Saya cintakan kamu, sebanyak manapun kamu berubah, tidak akan mengubah cinta saya”


Semoga dia akan mendengarnya dengan hati.<3  

No comments:

Post a Comment