Monday, February 24, 2014

Manalah Mungkin Semuanya Indah

Sewaktu membayar di kaunter 7 Eleven, penjaga kaunter itu tiba-tiba bertanya bermacam-macam soalan,

Akak baru di sini?

Akak pensyarah ke ?

Tak pernah nampak akak, buat apa di sini?

Aduhai, jujurnya saya benar-benar tiada mood pada masa tersebut untuk bersembang, jadinya saya lebih banyak memberikan senyuman berbanding jawapan. Sewaktu menghulur wang, tiba-tiba adik manis itu berkata,

“Kak, saya sebenarnya nak bernikah tapi saya takutlah kak…”

Oh, ok…. Adik manis ini nampaknya telah melantik saya menjadi kaunselor bidan terjunnnya. Barangkali kegelisahan hatinya sudah tidak terbendung, harus juga diceritakan kepada seseorang.

Saya mengambil resit bayaran, senyum dan berkata,

“Lalui saja adik, kita tidak tahu apa yang menunggu di hadapan. Mungkin bahagia yang berlipat ganda, mungkin juga duka, tapi setiap satunya pasti akan menjadi pengalaman hidup yang mematangkan kita.”

Realitinya, mana lah mungkin semuanya indah. Kata P Ramli, sedangkan lidah lagi tergigit.

Perkahwinan.

Enam bulan ke setahun pertama biasanya kita dilambung ombak cinta, makan tak lalu seorang, tidur berhadap-hadap, jalan sentiasa berpegangan tangan, beriring-iring.

Kemudian sedar-sedar enam tahun berikutnya, Nah… si suami nun jauh jalan ke hadapan, si isteri tertinggal 400m kebelakang dengan anak-anak yang meronta-ronta.

Panas sahaja suhu hati.

“Abang ni kalau saya hilang di culik orang, di makan hantu kat belakang ni, confirm abang tak perasan!”

Kemudian si suami terpinga-pinga.

“Mengapa pula orang nak culik kamu? Siang-siang ni mana ada hantu yang nak makan awak… awak tu yang lambat sangat, saya ni nak cepat, macam-macam nak buat, nak fikir, itulah…. Inilah….”

Diam.

Merajuk.

Simpan sajalah segala cinta bagai dalam poket.

Kemudian baru perlahan-lahan kita belajar bertimbang rasa dan memahami pasangan. Buang segala syarat untuk mencintai. Cintakan dia tanpa syarat. Terima dia seadanya sebagai teman jiwa raga. Dibebel, di marah, dicubit, tidak lagi berbekas di hati.

Terasa kehadirannya sangat hampir dalam hidup, nafas, bau, jenaka, kelibat… segala-galanya tentang dia kita fahami. Sehingga suatu saat, timbul soalan-soalan seperti

“bolehkah saya hidup tanpa dia?”

Kepada adik 7 Eleven :
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Makanya, kepada Dia kita pohonkan.

Semoga selamat semuanya Ya 
3Like ·  · Promote · 

No comments:

Post a Comment